Thursday 21 January 2016

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 4



Assalamualaikum.......


Buat suami tercinta, En. Mohd Rozyman Bin Mat Daud,

selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-4.

Semoga kita diberikan kebahagiaan hingga ke syurga. Aaminn...

Sayang awak..




Us
Syawal 2013, KB





Nurul Hayfa El Humaira Mohd Rozyman
(3yrs old, 2015)


Sunday 17 January 2016

RAWATAN KECANTIKAN MENGGUNAKAN KIUB AIS



Oleh Puan Anis Afiqah
Pernahkan anda mendengar dengar rawatan kecantikan menggunakan kuib ais? Adakah rawatan kulit menggunakan kuib ais ini benar-benar berkesan? Jom la kita tengok apa faedahnya membuat rawatan kulit menggunakan kuib ais .

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Kuib Ais
Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam. Mudah sahaja sebenarnya mencantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni.

Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais;
1- Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya
Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda, kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi. Untuk memberikan kesan yang lebih, anda boleh juga menggunakan kuib ais buah-buahan ke atas wajah anda.
2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda
Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat. Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas. Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.
3- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam
Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam. Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam.
4- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit
Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah. Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang-liang pori mengecil. Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna.
5- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek
Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek? Jadi, letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut. Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.
6- Kiub Ais Menghalang Kedutan
Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis-garis penuaan serta mengurangkan garis-garis penuan yang sedia ada.

Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah
1- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah.
2- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya.
3- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit. Oleh itu, jangan terus meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda.
4- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama.
5- Sekiranya anda merasa tidak selesa, berhentilah. Elakkan meletakkan kiub ais di satu-satu tempat melebihi 15 minit.
6- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose, lemon, teh hijau, teh chamomile, timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda.

Friday 8 January 2016

EIMANELs Doorgift




Assalamualaikum... Sebelum saya meneruskan untuk bergerak secara aktif dalam dunia Blogging ini, suka saya memperkenalkan serba sedikit tentang blog ini untuk tatapan teman-teman semua.

Blog EIMANELs Doorgift adalah salah satu lagi ruang untuk saya kongsikan minat saya, harapan saya, business saya dan impian saya pada masa akan datang. Disini saya juga ingin kongsikan bagaimana terhasilnya nama dan perniagaan kecil-kecilan saya dan suami iaitu EIMANELs Doorgift yang pada mulanya tidak terlintas di fikiran kami untuk menceburi bidang ini.. 

Semuanya bermula ketika saya masih bekerja pada tahun 2012, seorang sahabat yang juga merupakan officemate saya bakal melangsungkan perkahwinan telah meminta saya mereka / mendesign Tasbih dari mutiara untuk dijadikan doorgift pada majlis resepsi perkahwinannya. Sahabat saya ini mempunyai citarasanya sendiri yang mana rekaan pilihan hatinya menurutnya tidak ada di pasaran ketika itu.

Bagi menunaikan permintaan sahabat ini, saya dan suami mula mencari tempat yang membekalkan raw material untuk penghasilan tasbih dan kami berjaya menghasilkan berberapa idea rekaan. Setelah dipersetujui sahabat saya itu dengan rekaan yang kami cadangkan, kami akhirnya berjaya menyiapkan 1000 utas tasbih untuk sahabat saya ini.

Bermula dari situ dan juga dengan berbekalkan kata-kata dari sahabat saya itu yang mengatakan idea kami boleh pergi jauh, saya dan suami menubuhkan EIMANELs Doorgift dengan keyakinan bahawa adanya permintaan terhadap Tasbih sebagai Doorgift bagi majlis-majlis dan acara-acara seperti Cukur Jambul, Khatam Al Quran, Berkhatan, Pertunangan dan juga Majlis Perkahwinan.

Setelah hampir setahun menjalankan business ini secara online di samping sambutan yang baik terhadap permintaan, EIMANELs Doorgift akhirnya mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 November 2015 dengan nombor pendaftaran 002491932-X.


Antara Koleksi Tasbih







Harapan saya, semoga perniagaan kami ini akan terus berkembang dan menjadi Legasi dalam perniagaan suatu hari nanti.. InsyaAllah.. 


Untuk Tempahan/Order :

PM Kami di ---> EIMANELs Doorgift